AKSES PENDIDIKAN
- Anak - anak di Malaysia mendapat hak yang sama rata.
- Kementerian Pendidikan memberi peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan. Antara yang telah dilaksanaka oleh kerajaan ialah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan asrama harian.
EKUITI PENDIDIKAN
- Mengurangkan jurang pendapatan, sosioekonomi dan
gender dalam kalangan pelajar di bandar dan luar bandar.
KUALITI PENDIDIKAN
- Melonjakkan pencapaian negara dalam kelompok teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam masa 15 tahun.
- Menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia dengan
mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SPBT) begitu juga dengan penggredan
universiti sebagai langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan
bertaraf dunia.
PERPADUAN
- Menghargai nilai, budaya dan pengalaman dari pelbagai kaum
dan etnik dapat diterapkan kepada pelajar. Pendidkan menjadi alat membentuk
erpaduan kaum. Sebagai contoh, langkah diambil oleh kerajaan untuk mengeratkan
perpaduan diantara kaum ialah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar.
KECEKAPAN SISTEM
- Memastikan kecekapan sistem pendidikan ke arah kebehrasilan pengajaran guru dan kemenjadian pelajar pada masa kini. Kecekapan penyampaian, kawalan dan pengurusan menentukan keberhasilan pendidikan.
- Penyediaan pengajaran guru yang cekap menerusi latihan guru yang professional dapat melahirkan pelajar yang berkualiti untuk negara.