ERA KEMERDEKAAN

 

ANALISIS - Hala Tuju Pendidikan Era Kemerdekaan


Laporan

Hala Tuju Pendidikan

Laporan Barnes (1951)

  • Satu jenis sekolah rendah kepada semua bangsa
  • Guru-guru terdiri dari semua bangsa yang mempunyai kelulusan.
  • Pendidikan percuma 6 tahun

Laporan Fenn-Wu (1951)

  • Menubuhkan satu sekolah kebangsaan bercirikan semua kaum.
  • Sistem persekolahan majmuk dikekalkan.
  • Pengiktirafan Bahasa Cina selain Bahasa Melayu dan Inggeris.

Laporan Jawatankuasa Khas (1951)

  • Penubuhan sekolah kebangsaan menggantikan sistem persekolahan majmuk sedia ada.
  • Memperakukan penyediaan kemudahan untuk mengajar bahasa cina dan bahasa tamil di sekolah kebangsaan yang dipohon menerusi ibu bapa.

Ordinan Pelajaran (1952)

  • Pendidikan percuma selama 6 tahun.
  • Menyediakan kemudahan yang sesuai bagi mempelajari Bahasa Cina dan Tamil jika diminta oleh ibu bapa.

Penyata Razak (1956)

  • Persekolahan wajib 6 tahun.
  • Semua sekolah mempunyai sukatan yang sama.
  • Mengadakan peperiksaan yang sama.
  • Pendidikan untuk membentuk perpaduan.
  • Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
  • Bahasa Melayu dan inggeris diwajibkan disemua sekolah rendah dan menengah.

Ordinan Pelajaran (1957)

  • Dua (2) jenis sekolah ditubuhkan
  • Satu (1) jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
  • Pelajaran bahasa cina dan tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.