ERA PASCA MERDEKA


1. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

  • Bertujuan menyemak semula perakuan yang terkandung dalam Penyata Razak (1956)        
  • Memperkukuhkan saranan pada Penyata Razak.
  • Pengunaan bahasa Melayu diperluaskan di semua sekolah.
  • Sekolah rendah Inggeris mula menggunakan bahasa Melayu.
  •  Reformasi Struktur : Persekolahan 9 tahun.

2. AKTA PELAJARAN (1961)  

TUJUAN : Menyatupadukan kaum di Malaysia dan system pendidikan bercorak kebangsaan   diwujudkan.

Kandungan :

  • Bahasa kebangsaan sebagai bahasa penggantar utama.

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa penggantar.

  • Murid naik darjah secara automatik.

  • Sukatan pelajaran diselaraskan di semua sekolah.

  • Sekolah terbahagi kepada 2 iaitu rendah dan menengah.


3. LAPORAN HUSSEIN ONN (1971)

TUJUAN : Mengkaji semula Dasar pendidikan Negara ketika itu dan menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah ditempatkan di setiap sekolah aliran Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil.

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa penggantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
  • Mewajibkan bahasa Inggeris di semua sekolah. 

 

4. LAPORAN JAWATAN KUASA KABINET (1979)

TUJUAN : Mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan system pendidikan yang diamalkan ketika itu.

  • Pendidikan percuma.
  • Persekolahan selama 11 tahun.
  • Pembangunan sekolah teknik dan vokasional.

 

5. RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN (1995)

  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggantikan falsafah Pendidikan Negara.
  • Pendidikan bertaraf dunia.
  • Kurikulum KBSR dan KBSM.

 

6. AKTA PENDIDIKAN (1996) 

  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan landasan dalam penggubalan akta.
  • Sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan meliputi semua sekolah dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat tinggi dan kategori sekolah ( kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta ).
  • Bahahasa kebangsaan diperkukuhkan kedudukannya dan menjadi mata pelajaran wajib.
  • Kurikulum kebangsaan yang selaras untuk semua jenis dan kategori sekolah.
  • Peperiksaan yang seragam kepada semua jenis dan kategori sekolah.
  • Pendidikan Islam diperluas kepada semua murid yang beragama islam disemua kategori sekolah dan menjadi mata pelajaran teras.
  • Pendidikan Prasekolah menggunakan Garis Panduan Kurikulum daripada KPM.
  • Pendidikan teknik dipertingkatkan dengan kewujudan sekolah menengah teknik, politeknik, dan sekolah vokasional.
  • Pendidikan guru diperkukuhkan dengan adanya program pendidikan di peringkat sijil, diploma dan ijazah.