PEMBANGUNAN INSAN
1.
Proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal.
2. Pendidikan diberi oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
- Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.
- Mementingkan nilai, budi bahasa dan adab sopan.
- Contohnya, yang muda menghormati yang lebih tua serta bercakap dengan sopan dan lemah lembut.
- Mewariskan ilmu-ilmu pertukangan dan ukiran serta ilmu mempertahankan diri kepada anak- anak.
3. Pembangunan sekolah pondok dan madrasah untuk mempelajari bidang ilmu berteraskan kepada agama islam.
·
Pada awalnya kelas pengajian agama diadakan
hanya di surau-surau dan masjid.
·
Pembelajaran agama dijalankan pada waktu petang
dan malam.
·
Ustaz yang mengajar kebanyakannya berasal dari
Asia Barat.
·
Anak-anak diasuh untuk membaca Al-quran,
menghafal doa, hadis, tauhid, akidah dan akhlak.
4. Pengajian pada
peringkat ini mendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran,
moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan
pendidikan islam yang diterapkan dalam pembelajaran.
MASYARAKAT
1. Bertujuan membentuk masyarakat bersatu padu, aman dan
harmoni.
- Diantara masyarakat Melayu yang pelbagai keturunan: Melayu, Bugis, Jawa, Banjar, Kampar, Rawa, Minang, Mandailing, dan lain-lain lagi.
- Diantara pelbagai kaum: Melayu, Cina, India, Siam, Kadazan, Iban, pribumi orang asli dan lain-lain lagi.
- Melahirkan masyarakat yang mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain dan mempunyai kemahiran yang tinggi.
2. Menerapkan semangat patriotisme dikalangan masyarakat.
- Dalam masyarakat melayu, adat merupakan peraturan yang diamalkan turun-temurun dan ia merupakan hukum atau peraturan yang harus dipatuhi.
- Melahirkan rakyat yang setia dan mendaulatkan raja.
- Kesedaran masyarakat untuk memajukan pendidikan.